Tuesday 24 January 2012

Aku bukan mainan ~




Wahai kaum Adam yang dihormati,
Mengapa kamu memandang wanita sebagai mainan kamu
Tidak kiralah apa pangkat kamu
Kamu cair apabila memandang wanita cantik, menggoda

wanita bukan mainan kamu
Tapi adalah yang perlu kamu bimbing
disayangi, dikasihi.
lantas ia akan menjadi permaisurimu yang baik

Dengan kasih sayang kamu boleh memiliki hati wanita
Bukan dengan duit, harta atau perhiasan
Mengapa kamu ingin memiliki wanita
Kerana kepuasan, suka-suka atau ingin main-main
Kamu sendiri ada jawapannya

Aku lemas dengan lelaki-lelaki  yang pandai menabur janji
Yang berlakon sebagai pak imam pak ustaz untuk memikat hati
Yang menggunakan anasir jahat untuk memiliki

Jadilah imam yang sebenar-benarnya bersaksikan Tuhanmu
Aku kagum dengan lelaki-lelaki seperti  ini
Yang menjaga hubungan dengan Allah
Yang amanah terhadap tanggungjawabnya


Jadilah lelaki yang menunduk pandangan terhadap perempuan
yang menjaga wanita
walaupun diuji kamu tetap teguh di sisi TuhanMu

perempuan sama sahaja hanya ingin mengujimu
mendapat pujian menjadi pujaan
Perasan diri cantik, menarik, baik, idaman lelaki
Padahal semuanya tertipu dengan godaan syaitan.

p/s : semoga ALLAH sentiasa menjagaku dan hamba-hambaNya. ALLAH menjaga hamba-hambanNya yang menjaga Nya.





Jodoh

Persoalan tentang jodoh ini sangat memeningkan kepala-kepala manusia. Begitu juga dengan ana. Satu yang boleh ana pegang kalau nak dapat jodoh yang soleh solehahkan diri kita dahulu, nanti Allah bagi yang sesuai dengan diri kita. Subhanallah baiknya ALLAH. Allah yang memegang hati-hati hamba-hambaNya insyaAllah semoga Dia temukakan kita dengan orang yang sepatutnya untuk kita. Sama-sama kita berdoa.

Seorang sahabat yang ana sayangi pernah berpesan dekat ana nanti kalau kawin nanti jangan terlalu berharap pada suami. Maksudnya suami segala-galanya takut terjadi sesuatu merana diri. Memang betul nasihat sahabat ana itu. Cuma ana fikir suami berhak dapat itu, bagi ana kalau ana ditakdirkan berkahwin, keredhaan suami itu penting, ana mahu syurga atas keredhaan suami. Jadi ana ingin berkongsi segala-galanya dengannya dan membantunya. Bukannya lama pun kita hidup dengan pasangan kita. Mungkin setahun, dua tahun, 10 tahun atau sampai 30 tahun. Masa yang singkat itu kita saling bahagiakan antara satu sama lain. Jangan cari kelemahannya kerana Allah jadikan kita lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

Tapi kalau Allah tidak anugerahkan pasangan untuk kita jangan kita sedih sebab kita hidup sekejap sahaja, destinasi negeri abadi kita nun di sana. Mungkin Allah dah tetapkan untuk kita di sana nanti. Banyakkan solat tahajjud, solat taubat untuk memberi kekuatan kepada kita. Kekuatan hanya datang daripadaNya. Kekuatan datang dariNya dari pelbagai cara mungkin melalui orang sekeliling, mungkin melalui diri kita sendiri. Kita berlainan antara satu sama lain membuktikan Allah maha agung.

p/s : semoga diriku sentiasa kuat dan tabah.


Sunday 22 January 2012

ReNdAH DiRi



Bismillahirrahmanirrahim

segala puji bagi ALLAH yang memberi nikmat yang paling besar untuk kita iaitu nikmat iman dan Islam..hari ini ana nak cite pasal rendah diri.susah orang nak rendah diri kalau kita rasa kita hebat, orang lain tak boleh lawan kita dan kita susah nak ungkap mintak maaf dengan orang lain. sebenarnya tak salah pun kita minta maaf walaupun kita tidak bersalah.dan bukan menunjukkan kita lemah dan rugi pun. Kalau orang lain sakitkan hati kita mesti nak balas balik. Kau mesti rasakan baru padan muka. Kita serahkan pada Allah boleh kan. Biar Allah yang menilainya. Bukan takut pada dia tapi nak jaga hati kita supaya bersyukur dan sabar dengan ujian. Kan Allah ada berfirman jika kamu bersyukur Aku akan tambahkan nikmatKu. J

kita akan rasa lebih tenang dan bahagia Insyaallah. Cubalah, buang ego kita jauh-jauh. Kita ini tiada apa-apa nilai yang istimewa pun berbanding dengan orang lain.kita sama sahaja.yang membezakan ialah ketakwaan kita yang ALLAH sahaja boleh menilainya. Kita dan orang lain sama-sama melakukan kekhilafan. Bukalah pintu kemaafan dan jangan pandang rendah kepada orang lain.

ana teringat satu kisah seekor kucing yang menjadi peliharaan seorang jiran. tuan punya kucing ni biarkan kucing peliharaannya di luar rumah. sudah menjadi kebiasaan jika binatang peliharaan kita biarkan di luar rumah ia akan merayap. Begitu juga dengan si anak kucig yang comel ini.

Ia keluar dalam keadaan tengah malam yang gelap tiada sinaran cahaya lampu hanya “dhau’ al-qamar” sahaja yang menerangi malam itu. Kereta yang dipandu oleh seorang pemuda telah melanggar anak kucing yang comel tadi dan secara kebetulan telah dilihat oleh tuan kucing tersebut, beliau marah-marah kerana telah melanggar anak kucingnya dengan suara yang kuat dan menyindir. Bayangkan di tengah-tengah malam dia telah memarahi pemuda tersebut yang terpinga-pinga lantaran tidak sengaja melanggar anak kucingnya dalam keadaan yang gelap gelita.

Pemuda tersebut cool dan sabar sahaja walaupun dia tidak sengaja dan agak terkejut dengan tindakan jirannya itu. Keesokan harinya pemuda tersebut menemui jirannya dan meminta maaf kerana tidak sengaja melanggar kucing itu dalam keadaan tengah malam yang gelap. Muka wanita yang memarahinya berubah mungkin dia rasa bersalah dan malu kerana memarahi pemuda tersebut.  

Kalau kita rasa diri kita tidak bersalah dan tidak patut dimarahi begitu mungkin kita akan berdendam dan syaitan mula lah menghasut kita supaya membencinya dan menceritakan keaibannya kepada orang lain. Maka mulalah bertambah-tambah dosa kita tanpa kita sedari. Sungguh bijak syaitan menipu daya anak Adam.

Alangkah indahnya hidup kita tanpa sengketa, sakit hati, adu domba, mengumpat, iri hati dll. Penuhilah hidup kita dan persekitaran kita dengan senyuman, kemaafan, kasih sayang.  

p/s : untuk ingatan diri ana sendiri dan orang-orang yang ana sayang. Sayang antum.



















Sunday 18 December 2011

~KERANA AKU WANITA BIASA~


Aku  hanya wanita biasa
Tidak layak mengharap sebutir pertama
Sedangkan aku hanya sebutir pasir yang berada dimana-mana
Aku hanya insan biasa yang selalu melakukan kekhilafan
Kadang aku lelah mengahadapi ujian di dunia ini
Ya allah aku harapkan Kau berikan aku istana dalam syurgaMu

Aku wanita biasa 
Aku takut ya ALLAH
Terkadang aku takut seorang diri tanpa teman
Berilah aku nikmat cinta kepadaMu
Sehingga aku lupa kekurangan-kekuranganku itu
ENGKAU ada disetiap waktu
Ummi abah doakan aku anakmu
Menjadi anak yang solehah
Membahagiakan mu ummi abahku

Aku wanita biasa
Jadilah hanya Engkau membuatkan aku rasa cukup
Ya allah jika panjang usiaku
Kurniakan aku suami yang soleh
Izinkanlah aku menjadi sayap kiri suamiku
Membantunya, menghiburkan hatinya tika duka dan lara
Demi itu aku sangat mendambakan untukmu perjuangan Islam
Biarlah aku tidak hebat  dimata masyarakat 
Asalkan aku menjadi isteri yang solehah dan ibu mithali
Sehingga ke akhir hayatku

Monday 12 December 2011

ummi ku sayang

alhamdulillah syukur pada robbul izzati kerana telah menjaga hidupku sehingga ke saat  ini..sesungguhnya jika bukan kerana kehendak, rahmat dan kasih sayangNya sudah tentu kita tidak dapat menikmati nikmat2 Nya yang terlalu banyak ini. 3xالله اكبر.

setiap hari kita diuji kerana apa sahabat2 kerana Allah sangat menyayangi hamba2Nya, Allah ingin mengangkat darjat kita sahabat2. fikirkan ALLAH sudah tetapkan apa yang ditentukan untuk kita tapi ALLAH ingin melihat sejauh mana kita bersabar, berdoa dan berserah padaNya. masanya sudah ditentukan dan apakah benda yang paling dekat dengan kita sudah pasti antum semua tahu kan iaitu "masa akan datang". jadi kenapa kita perlu tergopoh gapah sehingga tidak keruan menjalani hidup ini. walau apa keadaan sekalipun ia akan datang kepada kita..we must always ready and pray to ALLAH EVERYTIME.. jadikan kita hambanya yang sabar, redha dengan semua ketentuanNYA.

berbalik kepada kisah yang ana ingin kongsi hari ini ialah mengenai ummi ku sayang.setiap orang di dalam dunia ini dilahirkan oleh seorang ibu.bagaimana ibu itu, mungkin seorang yang solehah atau sebaliknya.tetapi ALLAH menganugerahkan anak2 kepada seorang wanita itu mengikut kehendakNya mungkin seorang ibu yang baik mendapat anak yang baik atau tidak baik atau ada juga seorang anak yang baik tetapi ibunya tidaklah baik. pening ke???hmm boleh faham kan.tetapi seorang anak itu WAJIB taat kepada ibu bapanya selagimana ibu tidak menyuruh kepada dosa.

ana dianugerahkan seorang ummi yang sangat istimewa kerana beliau seorang yang tabah dan cekal hati. sedari ana kecil sehingga besar ummi ana seorang yang sangat berdikari, beliau buat kerja selagi boleh. apa2 kerja beliau akan selesaikan sendiri. ana kagum sangat dengan beliau. walaupun pelbagai masalah yang beliau tanggung tapi ana tidak pernah dengar beliau merungut. ada juga ana tanya "ummi tak sedih ke jadi mcm tu" ummi  cakap kenapa nak sedih ALLAH adakan, ramai lagi orang yang lagi susah daripada kita. dulu2 ana cakap dalam hati redhanya la ummi aku ni..hmmm tak boleh jugak kita kena usaha la..tapi sekarang ana sudah faham hati ummi yang redha dan bersangka baik pada ALLAH.

walaupun ummi bukan wanita bekerjaya yang hebat di mata masyarakat tapi ummi adalah wanita yang tersangat hebat di mataku.ummi tempatku bermanja, ummi tidak meminta balasan, ummi yang ikhlas menyayangi.

semoga kasih sayangMu ya allah bersama ummiku.ya ALLAH berilah KEBAHAGIAAN untuk ummiku di dunia dan akhirat.

p/s : sayangilah ibu, jangan mencari kekurangannya kita belum tentu dapat menjadi sebaik ibu kita.